Lebih 52 Peratus Isu Audit Dalam Laporan AG 2013 Diselesaikan

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 8:08 PM

Paul Low.

Paul Low Seng Kuan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 52 peratus isu audit melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG) 2013 telah diselesaikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan pada Khamis.

Beliau berkata Jabatan Audit Negara membentangkan Laporan Ketua Audit Negara 2013 tiga kali di Parlimen iaitu pada 7 April, 16 Jun dan 10 November tahun lepas.

"Melalui pemantauan dan langkah susulan yang diambil Jabatan Audit Negara, peratus isu dalam Laporan AG bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan 2013 yang diselesaikan ialah antara 52 peratus dan 66 peratus, katanya ketika melancarkan Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini, Khamis.

Beliau berkata lebih 85 peratus isu audit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan 2012 diselesaikan setakat 28 Feb tahun ini.
Menurut Low, Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2, yang baru dilancarkan itu, mengambil kira maklum balas disalurkan pihak diaudit dan orang ramai secara atas talian, akan meningkatkan lagi imej perkhidmatan awam.

"Ia bukan sahaja akan menggalakkan ketelusan, tetapi juga memudahkan orang ramai mendapat maklumat padat, tepat dan cepat tentang tindakan kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan AG.

"Dengan matlamat untuk membantu Jabatan Audit Negara menyelesaikan isu yang dibangkitkan dalam Sistem Pengurusan Susulan Audit AG, satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya bagi tahun ini ialah menyelesaikan 85 peratus daripada isu audit yang terkandung dalam Laporan AG 2014," katanya.

Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Version 1 dilancarkan pada Mei 2013, yang boleh diakses semua pihak, termasuk orang ramai, bagi mengetahui status isu yang dibangkitkan, sama ada tiada tindakan diambil, sedang diambil tindakan atau telah diselesaikan.

Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 yang dianik taraf itu, turut mengandungi penglibatan secara langsung pihak diaudit, komen orang ramai, maklum balas daripada pihak diaudit secara atas talian dan dokumen sokongan.

Selain mengandungi laporan dan statistik, Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 bersifat lebih mesra pengguna, cepat dan telus.

Low juga melancarkan edisi kedua Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2). 

Turut hadir Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Sementara itu, Ambrin, yang berpuas hati dengan peratus penyelesaian isu dalam Laporan Ketua Audit Negara, berkata jabatan itu akan terus memantau proses penyelesaian dari semasa ke semasa.

"Ini akan mengambil sedikit masa untuk melakukan tindakan pembetulan yang sepatutnya," kata beliau. 

Ambrin yakin Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 akan mempercepatkan penyelesaian isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan memperbaiki persepsi awam terhadapnya. 

Mengenai Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2, Ambrin berkata ia merupakan garis panduan bagi membantu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. 

"Saya yakin buku ini akan meningkatkan prestasi dalam pengurusan kewangan negara agar mencapai kecemerlangan bertaraf lima bintang," katanya.

Tags / Kata Kunci: audit , AG 2013 , Paul Low

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan