Hutang Negara Masih Di Zon Selamat - Abdul Wahid

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 4:43 PM

Abdul Wahid Omar. Foto BERNAMA

Abdul Wahid Omar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan hutang negara masih berada pada zon selamat dengan kadar defisit kurang daripada empat peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Katanya Malaysia berjaya mengurangkan kadar defisit secara berperingkat, dengan kadar 3.5 peratus tahun lepas berbanding 6.9 peratus pada 2009.

"Ini bermakna Malaysia telah memasuki zon selamat dan dari segi pengurusan kewangan, kita semakin bertambah baik," katanya ketika menggulung perbahasan menjujung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi JPM pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjelaskan kedudukan kewangan sesuatu negara dikategorikan dalam zon selamat jika mereka mempunyai hutang sebanyak 70 peratus, termasuk mengambil kira liabiliti kontingen, dan kadar defisit kurang daripada empat peratus.

Kedudukan kewangan sebuah negara akan dianggap kritikal jika keseluruhan hutangnya melebihi 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kadar defisit melebihi empat peratus, katanya.

Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Wahid berkata kerajaan akan memastikan hutang negara kekal di bawah 55 peratus daripada KDNK.

Beliau berkata Malaysia yakin mampu mencapai sasaran status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar.

"Matlamat ini boleh dicapai melalui pelaksanaan pelbagai projek dan program di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) dan teras strategi termasuk pemacu perubahan yang sedang dirangka di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

"Antara lain, fokus akan diberi kepada inovasi dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing negara dan menentukan pertumbuhan yang mampan," katanya.

Katanya selain mengukur status negara maju dari segi pencapaian ekonomi, pembangunan modal insan negara juga dititikberatkan.

Ini termasuk membentuk masyarakat yang mempunyai didikan agama dan rohani yang tinggi, bersatu padu, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik, progresif serta penyayang, katanya.

Tags / Kata Kunci: hutang negara , Abdul Wahid Omar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan