"Dengar Dahulu" - Hadi

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 1:06 PM

Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tidak diiktiraf dan dihina oleh parti sekutunya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya tampil menjelaskan kontroversi berhubung pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Kelantan.

Bagaimanapun, penjelasan presiden PAS itu dilihat bakal menimbulkan pertikaian baharu apabila menyatakan bahawa rang undang-undang (RUU) persendirian yang akan dikemukakannya di Dewan Rakyat bukanlah rang undang-undang hudud.

“Apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi  Private Members Bill  (RUU persendirian) nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.

"Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka kepada umat Islam dengan tajuk ‘isu hudud yang dikelirukan’ di sini.

Pada Selasa lalu, DAP menuduh Hadi bersikap tidak bermaruah apabila menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk melanggari kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menggesa supaya Hadi meninggalkan Pakatan Rakyat jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung hudud di Dewan Rakyat.

Lebih parah apabila DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi namun pada masa sama mahu meneruskan komitmen mereka dalam pakatan pembangkang.

Menerusi surat terbuka itu lagi, Hadi berkata kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu sudah mengambil kira beberapa cabaran utama.

"Enakmen ini mengalami beberapa pindaan dari segi memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman,” katanya.



Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , hudud , Parlimen , RUU

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan