Kadar Baharu Elaun Perumahan Wilayah Bakal Diumum Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 8:47 PM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar baharu Elaun Perumahan Wilayah (EPW) akan diumumkan dalam masa terdekat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia bagi mengurangkan beban hidup penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan sebaliknya.

"Kita (kerajaan) akan umumkan perubahan ini secepat mungkin... dua, tiga bulan lagi atau dalam masa terdekat," katanya ketika menggulung perbahasan menjujung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi JPM pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau berkata kadar elaun berkenaan tidak pernah disemak semula sejak 2002.

Dalam pada itu, beliau berkata semakan semula elaun tetap anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat sedang disenarai untuk bacaan kali kedua.

"Oleh itu, sebarang pertimbangan untuk menaikkan elaun ahli Parlimen akan dilaksanakan selepas diluluskan Dewan Rakyat ini dan Dewan Negara," katanya.

Mengulas mengenai gesaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat serta merta 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Shahidan berkata PAC akan bertindak setelah laporan Ketua Audit Negara dibentangkan.

Beliau berkata Jabatan Audit Negara pada masa ini sedang melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB sebelum dikemukakan kepada PAC.

"Oleh itu, PAC akan bertindak setelah laporan audit dibentangkan, jadi kalau nak suruh PAC bermesyuarat tanpa laporan audit, saya ingat tidak berapa logik," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB , Shahidan Kassim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan