DAP Jangan Angkuh - Pemuda PAS - Berita Semasa | mStar

DAP Jangan Angkuh - Pemuda PAS

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa menyelar sikap angkuh, biadap dan bongkak pemimpin DAP yang memutuskan hubungan dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun menyatakan pendirian untuk kekal bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menyifatkan tindakan pemimpin DAP itu sebagai berniat jahat dan melampau kerana tidak menghormati pemimpin tertinggi parti itu.

"Mustahil DAP dapat bersama PAS dan PR tanpa kehadiran presiden PAS dalam mesyuarat pakatan untuk membuat keputusan bersama. Apakah DAP sendiri yang mengkhianati PR dan mahu keluar dari PR dengan kenyataan sebegitu?

"Bagi kami, memutuskan hubungan dengan presiden PAS umpama memutuskan hubungan dengan semua ahli PAS seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, beliau berkata, seluruh ahli PAS akan berdiri teguh di bawah bawah kepimpinan Hadi sebagai presiden dan  DAP sepatutnya tidak mudah melenting dalam isu pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.

"Mengapa DAP tidak langsung mahu menerima hudud di Kelantan sedangkan mereka tahu ia hanya diguna pakai untuk orang Islam. Mengapa pula DAP melenting dalam isu ini sedangkan ia juga dibuat secara proses demokrasi, sesuatu yang turut diperjuangkan oleh DAP.

"Apa yang tidak kena dengan undang-undang hudud yang dibentangkan di Kelantan dan akan di bawa ke Parlimen nanti? DAP mempunyai matlamat dan dasar perjuangan sendiri, PAS juga mempunyai matlamat  perjuangan dan masing-masing perlu saling faham memahami dengan tidak mempertikaikan dasar serta matlamat perjuangan parti politik masing-masing.

"Oleh itu, Pemuda PAS Titiwangsa menggesa DAP berpolitik secara matang, dewasa dan memandang ke hadapan. Tindakan mereka dianggap keanak-anakan dan menjadi bahan gelak ketawa rakyat yang menyaksikannya.

"Kami juga menyeru agar DAP menarik balik provokasi melampau mereka dengan bersikap berlapang dada serta bersedia ke meja rundingan jika mahu melihat Pakatan Rakyat kekal utuh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, parti itu menamatkan hubungan dan kerjasama dengan Hadi kerana beliau didakwa bertindak tidak jujur dan tidak bermaruah dalam pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, parti itu telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Hadi sebagai pemimpin PR dan akan menghentikan sebarang kerjasama dengan beliau.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan