Cadangan Kit Siang Wujudkan Kerajaan Campuran Cubaan Untuk Selamatkan DAP

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 11:10 PM

Yong Teck Lee.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mewujudkan kerajaan campuran yang baharu dilihat sebagai satu usaha menyelamatkan parti itu daripada masalah yang dihadapi mereka, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee.

"Rakyat akan lebih menghormati DAP sekiranya mereka tidak mengubah hubungan dengan PAS.

"Daripada memutuskan hubungan dengan PAS Selangor, negeri terkaya di Malaysia yang dikongsi bersama DAP dan menyingkirkan PAS daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, DAP memilih untuk memutuskan hubungan dengan PAS Sabah. Ini adalah isyarat kosong tanpa prinsip," kata bekas Ketua Menteri Sabah pada Khamis.

Beliau berkata DAP seharusnya memohon maaf kerana mengelirukan rakyat mengenai sistem dua parti dan berbohong mengenai PAS tidak akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hukum hudud.

"DAP tidak sanggup berdepan realiti bahawa kesemua Pakatan termasuk PKR, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Kelantan akan bersetuju dengan hukum hudud.

"DAP memilih untuk mengasingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hakikatnya, Hadi bukanlah Adun di Kelantan. Apa yang DAP akan lakukan mengenai Adun PAS dan PKR?," katanya.

Yong berkata cadangan pembentukan kerajaan campuran oleh Lim tidak akan menyelamatkan Malaysia dan masa depan negara ini menuntut satu sistem untuk Semenanjung Malaysia dan satu lagi sistem untuk Sabah dan Sarawak.

"Saya menegaskan bahawa cara untuk menyelamatkan Malaysia adalah 'sebuah negara, dua sistem' dimana Sabah dan Sarawak boleh menjauhkan diri daripada pelampau agama dan kaum," katanya.


Tags / Kata Kunci: kerajaan campuran , Lim Kit Siang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan