Tiada Diskriminasi Dalam Perkhidmatan Bomba - Penerima Anugerah

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 7:55 PM

Noorhasmiza bersama sijil penghargaan yang diterimanya pada majlis Anugerah Pingat Kebesaran Bomba Wilayah Persekutuan, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada diskriminasi dalam perkhidmatan bomba, demikian diakui penerima Pingat Cemerlang Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Noorhasmiza Hamid.

Pegawai Bomba Bahagian Keselamatan Kebakaran berusia 38 tahun ini menganggap anugerah yang diterima sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita yang menceburi bidang yang majoritinya di kalangan lelaki.

“Tiada diskriminasi, malahan tiada jurang perbezaan antara jantina yang membataskan pergerakkan anggota apabila segala aktiviti yang dilakukan lelaki akan turut dilakukan wanita.

"Malahan, saya sendiri berada dalam jawatan yang majoritinya adalah lelaki, namun di dalam perkhidmatan bomba ini, anggota wanita masih diberikan perhatian dan juga penghargaan,” katanya pada Majlis Anugerah Pingat Kebesaran Bomba peringkat Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Seramai 156 anggota bomba menerima anugerah yang disampaikan Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Bertugas selama 17 tahun, ibu kepada dua cahaya mata itu yakin golongan wanita juga mampu mengharungi cabaran dalam perkhidmatan bomba jika diberi peluang.

Sementara itu, Wan Mohd. Nor berkata, lapan peratus anggota daripada jumlah keseluruhan 980 anggota di sini diraikan kerana prestasi cemerlang mereka dalam berkhidmat kepada negara.

“Penilaian ini dilihat bukan sahaja daripada segi prestasi kerja, sikap anggota dan semangat kerjasama, malah turut dinilai dari aktiviti kokurikulum, penglibatan dalam persatuan dan sukan serta sumbangan anggota kepada masyarakat,” katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Noorhasmiza Hamid , bomba , Pingat Cemerlang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan