KPN Nafi Hanya Bertindak Terhadap 'Tweet' Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 3:14 PM

khalid abu bakar

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap ‘tweet’ berunsur hasutan yang dibuat pihak pembangkang berbanding pihak kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan tersebut sengaja dibangkitkan pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai dan memburukkan polis sebagai pasukan keselamatan di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan ‘tweet’ yang dikatakan itu sebagai bukti.

“Masalahnya… pihak yang ‘itu’ (pembangkang) sahaja yang buat kecoh. Jadi, memanglah nampak banyak yang saya ambil tindakan.

“Cuba beri saya ‘tweet’ yang pihak Barisan Nasional keluarkan. Ada? Kalau ada, kita akan ambil tindakan yang sama (sebagaimana tindakan yang diambil terhadap pihak pembangkang),” tegasnya pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-208 bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap kenyataan berbaur hasutan atau menyentuh sensitiviti di Twitter yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Mengenai kenyataannya di Twitter yang sering memberitahu 'akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan', Khalid menjelaskan bahawa semua laporan dan aduan berhubung sesuatu isu atau insiden dilaporkan oleh masyarakat sendiri.

“Masyarakat umum hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya. Mereka kata... Tan Sri, orang ini buat macam ini... ini rasanya tidak patut, kami risau dan sebagainya.

“Saya tidak perlu buka Twitter 24 jam. Ada apa-apa ‘tweet’ yang merungsingkan orang ramai, mereka akan beritahu saya. Dan saya akan tengok, jika perlu diambil tindakan, saya akan ambil tindakan,” katanya. 

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan