Tolak Hadi Bererti Tolak PAS - Mohd Amar

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 5:22 PM

Mohd Amar Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tindakan DAP memutuskan semua hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pembentangan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, adalah seperti menolak PAS.

Menyifatkan demikian, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, "Mana boleh tolak presiden..ia macam tolak parti. 

"Saya sudah cakap jika berlaku perpecahan dalam PR (Pakatan Rakyat) bukan PAS sahaja yang rugi, DAP pun rugi. 

"DAP belum tentu boleh pertahankan Pulau Pinang jika PAS tiada dalam PR. Kena ingat itu baik-baik," kata Mohd Amar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, Rabu. 

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata DAP perlu ingat bukan PAS sahaja yang bergantung kepada sekutunya tetapi DAP dan PKR juga bergantung kepada PAS.

"Kita saling memerlukan. Sebab itu saya kata, DAP dan PKR perlu bertindak bijaksana. Kalau tindakan mereka silap, semua akan rugi," katanya. 

Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin membuat pendirian memutuskan semua hubungan dengan Abdul Hadi. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah. 

Guan Eng dilaporkan berkata sehubungan dengan itu DAP akan menolak RUU berkenaan bila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti kerana ia telah tidak dirujuk kepada Majlis Pimpinan PR terlebih dahulu untuk perbincangan. 

Tags / Kata Kunci: hudud , DAP , PKR , PAS. Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan