"Umpama Mimpi Jadi Kenyataan" - Penerima Anugerah Integriti PDRM

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 7:18 PM

Aishah Mohd Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umpama mimpi jadi kenyataan, begitulah luahan Sarjan Aishah Mohd Kassim dinobatkan sebagai juara Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2015 sempena sambutan Hari Polis ke-208, Rabu.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, Negeri Sembilan itu nyata terharu bercampur gembira apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Saya sangat terharu dan tidak sangka akan dipilih untuk menerima anugerah ini.

"Selepas 34 tahun berkhidmat, hari ini buat pertama kalinya saya dipilih menerima Anugerah Integriti dan ia sesuatu yang sungguh istimewa buat diri saya," katanya sambil menitiskan airmata.

Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki yang berusia 55 tahun itu  berkata, sepanjang berkhidmat beliau menitikberatkan kerja yang ikhlas dan jujur.

"Itulah permulaan untuk mencapai kejayaan, malah setiap tugas turut disempurnakan dengan penuh dedikasi dan efisyen," katanya.

"Terima kasih kepada PDRM dan jabatan kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada saya sehinggakan berjaya memperoleh anugerah yang tidak pernah saya impikan ini.

"Saat ini, saya dapat merasakan segala titik peluh selama ini dihargai," katanya yang menerima sijil dan plak.

Sementara itu, Pegawai Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Supritendan Mohd Zaid Hassan dinobatkan sebagai pemenang mencipta tema Peringatan Hari Polis 2015 iaitu 'Polis dan masyarakat berpisah tiada' dan turut menerima hadiah wang tunai.

"Tema ini dicipta berdasarkan masyarakat yang perlu bergantung malah sentiasa menjadi tulang belakang kepada pihak polis," katanya. 



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan