RoketKini Diarah Kemuka Bukti Dakwa Polis 'Pak Turut' Umno

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 1:44 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Khalid menaiki kenderaan khas ketika membuat pemeriksaan perbarisan sempena peringatan Hari Polis Ke-208 di Pulapol, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan sebuah portal berita pro pembangkang, RoketKini supaya mengemukakan bukti berhubung laporannya pada Selasa yang mendakwa polis sebagai 'pak turut' Umno.

Beliau berkata, jika tiada bukti terhadap dakwaan itu, tindakan akan diambil kerana membuat kenyataan berunsurkan fitnah dan menghasut.

"Kita akan panggil mereka untuk kemukakan bukti yang mengatakan kita sebagai pak turut Umno. Jika tidak, kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-208 bertemakan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Portal berkenaan pada Selasa menyiarkan laporan bertajuk 'Demo Anti GST: Sampai Bila Polis Nak Jadi Pak Turut Umno' di mana antaranya mendakwa tanggungjawab kerajaan adalah mendengar masalah rakyat dan bukannya mengarahkan polis menangkap individu menentang kezaliman.

Khalid menegaskan supaya pihak berkenaan jangan sengaja membuat berita fitnah untuk cuba menghasut orang ramai bahawa pihak polis menerima arahan Umno.

"Kita tidak dengar arahan sesiapa. Kita menjalankan tindakan dan tugas berdasarkan peruntukan dan peraturan undang-undang yang ada.

"Kalau dah langgar undang-undang, jadi jawablah dengan undang-undang.

"Malah menteri tidak beri arahan kepada saya untuk tangkap orang itu, tangkap orang ini, sebaliknya itu adalah tanggungjawab kami sebagai anggota polis," katanya.

Pada Selasa, portal itu menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang tidak puas hati berhubung penahanan hampir 90 orang awam dalam protes anti-GST di Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Isnin lalu.

Portal itu juga memetik kenyataan Charles sebagai berkata: "Bilakah polis akan belajar bahawa mereka tidak boleh terus menjadi ‘pak turut’ Umno? Dan sepatutnya melindungi kepentingan orang ramai?"

Tags / Kata Kunci: RoketKini , Umno , Khalid Abu Bakar , pak turut

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan