Pota Bukan Bermotif Politik - Najib

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 12:44 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang dicadangkan sebagai akta baharu bukan bertujuan untuk kegunaan politik, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, oleh sebab itu kuasa menahan menerusi peruntukan undang-undang itu tidak diletakkan kepada anggota pentadbiran tetapi di bawah badan berwibawa dan berkredibiliti.

"Ia supaya mereka yang benar-benar terlibat dalam bentuk ancaman ekstremis keganasan boleh ditahan mengikut akta baharu ini.

"Dengan cara ini kita boleh menjamin negara Malaysia, bumi yang bertuah ini akan terus selamat," katanya pada majlis sambutan Hari Polis Ke-208 bertemakan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Najib berkata, Akta Pencegahan Keganasan itu akan dibentangkan di Parlimen pada masa akan datang sebagai usaha untuk mencegah aktiviti keganasan dan memelihara keselamatan negara.

"Undang-undang pencegahan ini boleh menahan seseorang atau kumpulan itu adalah lebih baik yang mencegah mereka daripada melakukan keganasan.

"Jika mereka melakukan keganasan, ramai rakyat akan terkorban. Sebab itulah kita mesti pastikan tidak berlaku sebarang perbuatan dalam bentuk keganasan di negara kita," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Pota , Najib Razak , Pulapol , Hari Polis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan