Kemelut PAS-DAP: PKR Tawar Diri Jadi Orang Tengah

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika DAP dan PAS berhadapan kemelut perpecahan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ antara dua sekutu pakatan pembangkan itu.

Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, wakil parti itu akan mengadakan pertemuan berasingan dengan PAS dan DAP bagi membantu mencari penyelesaian berhubung isu hudud.

“Amat penting untuk semua parti (di dalam Pakatan Rakyat) duduk dan berbincang.

"Sama juga kepada pimpinan DAP yang akan bertemu dengan pimpinan PKR, kami akan duduk bersama DAP dan juga PAS," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Menurut Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, pakatan pembangkang akan berhadapan perpecahan sekiranya satu daripada tiga komponen utamanya berhadapan masalah.

“Pakatan seperti tripod yang terdiri daripada tiga parti. Pakatan tidak mungkin dapat bertahan dengan hanya satu kaki.

“Sejak dahulu hingga kini kita sentiasa ada perbezaan pendapat antara parti dan pihak ketiga akan datang untuk mendamaikan pihak bertelagah. PKR akan cuba membantu untuk selesaikan isu ini,” katanya.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Pakatan Rakyat jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung hudud di Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat sebaik sahaja kepimpinan DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi namun pada masa sama mahu meneruskan komitmen mereka dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini PKR turut melahirkan kekesalan dengan kejayaan kerajaan PAS Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Menerusi kenyataan bersama tujuh kepimpinan tertinggi sekutu pakatan pembangkang itu, PKR berkata, PAS bertindak membelakangi persetujuan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.



Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR , hudud

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan