Perjanjian Air Selangor Dengan Pusat Masih Kekal

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terma Perjanjian Utama penstrukturan semula industri air Selangor masih kekal setakat ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"Tidak... Tidak... tak ada semakan semula. Kita terus berpegang pada perjanjian (asal)," katanya menjawab pertanyaan pemberita di lobi Parlimen pada Rabu. 

Pertanyaan berkenaan timbul berikutan perbincangan yang diadakan antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, Isnin lepas, berhubung perjanjian penstrukturan air di negeri itu. 

Mengenai status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu, Ongkili berkata perkara itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak. 

Katanya, kedua-dua aset tanah itu milik kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri akan terus berbincang dengan kerajaan Persekutuan berhubung perjanjian itu untuk manfaat rakyat Selangor. 

Katanya, isu air tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata perbincangan awal tentang hal berkenaan diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Ketua Setiausaha Kementeri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee.

Pada 9 Mac lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: air Selangor , Maximus Ongkili

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan