Pasukan Petugas Khas Ditubuh Teliti Hutang 1MDB - Ahmad Husni

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 10:10 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan untuk meneliti hutang 1Malaysia Development Board (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Pasukan petugas khas itu akan melakukan penilaian untuk meneliti hutang 1MDB.

"Kami turut meminta CIMB untuk menjadi pihak ketiga bagi membantu penilaian cadangan tawaran awam permulaan (IPO)," katanya ketika penggulungan jawapan kementerian itu di Parlimen pada Rabu.

Selain dirinya, Ahmad Husni berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, ,Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah turut terlibat dalam pasukan khas itu.

Beliau berkata CIMB akan menilai cadangan tawaran IPO 1MDB pada akhir tahun ini untuk menyuntik dana bagi syarikat tersebut.

"Pemilaian oleh 1MDB berhubung IPO yang dicadangkan akan dibandingkan dengan pihak ketiga bagi memastikan nilai saksama untuk amalan tersebut," katanya.

Jelas beliau, dana yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai pembayaran faedah pinjaman dan menyelesaikan pinjaman utama.

Ahmad Husni menegaskan 1MDB yang mengalami masalah aliran tunai jangka pendek aan diselesaikan menerusi beberapa pendekatan.

Beliau turut menafikan dakwaan wujud penipuan dalam urusniaga 1MDB dengan berkata pasukan petugas khas dan Ketua Audit Negara ditugaskan untuk menyiasat syarikat tersebut.

1MDB mempunyai nilai aset kumpulan sebanyak RM51.4 bilion dengan jumlah pinjaman mencecah RM41 bilion.

Di bawah penyatuan dan rasionalisasi rancangannya, 1MDB tidak akan melaksanakan apa-apa projek baru dan bersedia menjanakan wang daripada bahagian tenaga di bawah Edra Tenaga dan bidang hartanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah.

Aset 1MBD terutamanya membabitkan projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dan dijangka menjana pendapatan melalui usaha sama atau tawaran hak pembinaan.

Pada bulan lalu, Ahmad Husni berkata, kerajaan telah meluluskan dana RM950 juta sebagai kredit tersedia untuk 1MDB, dengan RM60 juta telah digunakan.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Ahmad Husni Hanadzlah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan