Ahli Parlimen PAS Sentiasa Di Belakang Presiden

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 9:27 AM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PAS menyokong presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan beliau.

Mereka berkata, adalah tidak logik untuk DAP untuk memutuskan hubungan dengan Hadi sambil terus bekerjasama dengan parti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan keputusan DAP itu sebagai tidak masuk akal.

"Ia adalah keputusan yang tidak logik. Bagaimana anda boleh memutuskan hubungan dengan presiden dan pada masa yang sama mahu mengekalkan hubungan dengan parti?," kata Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata, sebagai pemimpin, Hadi merupakan bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada PAS.

"Bolehkah PAS, sebagai contoh, berkata bahawa kita tidak menyokong Lim Kit Siang tetapi kita ingin berkawan dengan DAP?," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP tidak boleh menolak keluar presiden kerana beliau mewakili parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

"Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS supaya menolak Hadi yang ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan.

"Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," katanya di lobi Parlimen, Selasa.

Beliau berkata, pelan hudud bukan berkaitan individu tetapi merupakan sebahagian daripada dasar parti.

"Memberitahu Hadi untuk meninggalkan Pakatan seolah-olah meminta parti itu untuk keluar daripada Pakatan," kata Nik Abduh.

Tambahnya, PAS akan kekal di dalam Pakatan.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata adalah sesuatu yang pelik untuk DAP memutuskan hubungan dengan ketua parti tetapi tidak dengan yang lain dalam parti itu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun dengan keputusan DAP itu, parti masih berfungsi dalam Pakatan.

"Jika ada salah seorang-dua pemimpin dalam PAS yang tidak disukai DAP, ini tidak bermakna bahawa seluruh organisasi akan terjejas," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata dakwaan DAP terhadap Hadi perlu diperjelaskan oleh presiden sendiri.

"Saya tidak percaya dia (Hadi) akan menentang apa yang telah dipersetujui dan dijanjikan (Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan). Ia mungkin beberapa bentuk salah faham dan kami berharap isu-isu ini yang akan diperjelaskan tidak lama lagi, " kata Khalid, sambil menambah beliau berasa lega DAP masih mahu kekal dalam Pakatan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata beliau mengalu-alukan keputusan DAP untuk kekal dalam Pakatan, sambil menambah keutamaan sekarang adalah untuk mengukuhkan lagi gabungan parti tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan