Jabatan Kastam Jawab Pertanyaan GST Di Laman Web

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam akan menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan oleh sekumpulan penunjuk perasaan anti-GST melalui laman web.

"Jawapan-jawapan yang akan berada di situ (laman web) tidak lama lagi," kata Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata kebanyakan soalan adalah mengenai isu-isu asas, termasuk sama ada cukai jualan dan perkhidmatan akan terus wujud selepas pelaksanaan GST.

Beberapa penunjuk perasaan di bawah Gabungan Bantah GST, gabungan NGO dan parti-parti pembangkang memenuhi ibu pejabat jabatan itu di Kelana Jaya pada Isnin dengan 106 soalan berkaitan cukai yang baharu.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Kastam , anti-GST

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan