Cat Dinding Antinyamuk Diperkenal Julai Ini - Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 5:16 PM

Subramaniam diberi penerangan oleh Pegawai Sains (Entomologi) Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Khadijah Khairuddin (kanan) cara melakukan ujian 'Cone Bioassay' terhadap nyamuk ketika melakukan lawatan ke lokaliti hotspot denggi di taman perumahan Seksyen 7, Shah Alam pada Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Cat dinding antinyamuk bagi menangani kes denggi dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya Julai ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata cat dinding antinyamuk yang dicampur dengan bahan kimia deltamethrin merupakan hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berupaya membunuh nyamuk apabila serangga itu terkena pada dinding  bangunan yang disapu cat berkenaan. 

"IMR mempunyai bukti saintifik yang mengatakan cat dinding antinyamuk  berkesan dan kementerian telahpun berbincang dengan syarikat yang berminat  untuk mengeluarkan cat tersebut. 

"Cat ini yang dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya Julai ini akan  jadi satu alat untuk mengurangkan kes denggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke lokaliti titik panas denggi di beberapa rumah sekitar Seksyen 7 di sini Rabu.

Dr Subramaniam berkata selain cat dinding antinyamuk, kementerian juga akan menggunapakai pendekatan Outdoor Residual Spray (OPS), teknik semburan baharu dalam kawasan nyamuk Aedes yang dapat mengurangkan kes denggi sehingga 95 peratus di sesetengah tempat.

"Penyembur ini mempunyai kelebihan iaitu apabila ia digunakan pada dinding luar bangunan sekali, ia mempunyai kekuatan selama tiga bulan," katanya.

Beliau berkata pendekatan lain yang digunakan bagi menangani wabak denggi ialah teknik semburan asap secara dalam bangunan dan pendekatan aspek pembersihan alam sekitar.

"Daripada sejumlah 111 tapak pembinaan yang diperiksa untuk tahun ini,  kementerian mendapati 95 tapak mempunyai pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya  akan didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga 21 Mac lepas, sebanyak 30,890 kes denggi dicatatkan di seluruh negara dengan 98 kematian, berbanding 21,967  kes dengan 54 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: cat dinding , antinyamuk , Dr S.Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan