Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemandu Tidak Guna Meter - Pengusaha Teksi

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Teksi Semenanjung Malaysia berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi yang masih berdegil enggan menggunakan meter semasa membawa penumpang.

Bendaharinya, Abdul Razak Abdul Aziz berkata kenaikan tambang baharu-baharu ini akan meningkatkan industri perkhidmatan teksi yang sentiasa berdepan kritikan berikutan tindakan segelintir pemandu yang tidak menggunakan meter.

"Kami menunggu sekian lama untuk kenaikan tambang ini. Kami berharap tiada lagi kes pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

"Kami menyokong SPAD untuk mengambil sebarang pendekatan bagi meningkatkan industri perkhidmatan teksi. Pemandu teksi bersetuju dengan kenaikan tambang itu," katanya kepada The Star Online.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan kadar tambang baharu teksi.

Dibawah kadar yang diumumkan oleh SPAD pada Khamis, tambang baharu untuk teksi bajet ditetapkan pada 25 sen untuk setiap 200 meter berbanding 10 sen untuk setiap 115 meter sebelum ini.

Ia meningkat kira-kira 40 sen, daripada hanya 85 sen per kilometer kepada RM1.25 per kilometer.

 


Tags / Kata Kunci: SPAD , teksi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan