Penubuhan Taska Dapat Sambutan Majikan, Tetapi Ada Kekangan - Rohani

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:12 PM

Rohani Abdul Karim

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insentif kerajaan untuk menggalakkan majikan menyediakan taska di tempat kerja mendapat sambutan menggalakkan, tetapi ada majikan tidak dapat melaksanakannya akibat beberapa kekangan termasuk lokasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara punca majikan tidak dapat menyediakan taska ialah bangunan tempat kerja yang tidak memenuhi kriteria keselamatan oleh pihak bomba.

Bagaimanapun beliau berkata majikan yang tidak dapat menyediakan taska pada aras yang bersesuaian di pejabat boleh menyewa lokasi berhampiran supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak di tempat berdekatan dengan tempat kerja.

"Mungkin mereka boleh sewa tempat di sebelah (pejabat) kerana ciri keselamatan memang sangat penting," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan usul itu bagi kementeriannya berkata kerajaan tidak bercadang untuk membangunkan kawasan paya terbiar sebagai kawasan tanaman padi buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa langkah pemulihan menerusi projek pembangunan tanah terbiar.

Persidangan dewan bersambung pada Rabu.
Tags / Kata Kunci: taska , Rohani Abdul Karim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan