Tindakan DAP Tolak Abdul Hadi Beri Kesan Buruk Kepada PAS - Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 6:23 PM

Mat Sabu diturunkan sebagai calon PAS di Pendang pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Mohamad Sabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak buruk kepada parti itu.

"Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS. Oleh itu, sebarang tindakan memutus hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Justeru beliau berkata, penyelesaian segera perlu dicari diantara parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk terus memantapkan pakatan pembangkang.

"Jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, maka hubungan sedia ada semakin meruncing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada di dalam Pakatan Rakyat, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya," katanya.

Jelas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Abdul Hadi supaya meninggalkan pakatan pembangkang jika masih berkeras mahu membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan hudud di Parlimen.
 
Gesaan terbaharu itu dibuat Guan Eng sebaik sahaja sekutu PAS berkenaan mengumumkan pendiriannya untuk memutuskan hubungan dengan Hadi.

"Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian," kata Guan Eng.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Hadi tidak seharusnya membentang RUU berkaitan hudud atas kapasitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

"Kita tak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai Ahli Parlimen... tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan pakatan," katanya.

Isu hudud menjadi punca keretakan hubungan tiga komponen pembangkang apabila DAP dan PKR membantah tindakan PAS dalam menegakkan undang-undang Islam itu.


Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , PAS , DAP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan