BN Sarawak Tolak Hudud PAS

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS terus berhadapan laluan sukar untuk membentang dan meluluskan rang undang-undang berkaitan hudud di Dewan Rakyat apabila hasrat parti itu mungkin ditentang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, mustahil untuk melaksanakan hudud di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang (sokongan) Umno tapi di Sarawak, saya tak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (Ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Jumlah wakil rakyat BN dari Sarawak adalah seramai 26 orang iaitu 14 wakil dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), seorang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta masing-masing empat wakil dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Komposisi jumlah wakil rakyat BN di Dewan Rakyat ialah seramai 133 orang dengan Umno memiliki jumlah terbesar iaitu seramai 88 Ahli Parlimen.

Selain itu, Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kajian mendalam perlu dilakukan terhadap kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Kita sudah mempunyai Perlembagaan Persekutuan jadi kita perlu melihat kesalahan di bawah hudud.

"Banyak peruntukan (dalam hudud) sudah berada di bawah Perlembagaan . Perlu ada kajian semula jika nak membenarkan hudud diluluskan,” katanya.

Mengulas lanjut, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang itu turut bersetuju dengan pendapat Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini.

Menurut Nazri yang juga Menteri Pelancongan, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

“Saya bersetuju dengan Datuk Nazri. Ia tidak mungkin dilaksanakan,” katanya.


Tags / Kata Kunci: BN , hudud , Nancy Shukri , Sarawak

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan