Hadi Perlu Diberi Peluang Jelaskan Isu Hudud - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 7:26 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang menjelaskan mengenai undang-undang hudud dan kenapa dia melanggar rangka kerja dasar umum Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu itu.

Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata Abdul Hadi bertindak secara unilateral apabila membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud dalam sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

"Saya berpendapat Abdul Hadi perlu hadir dalam perjumpaan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan isu (Hudud) yang ditangani Jawatankuasa Pusat DAP dan PKR sebelum ini.

"Ini adalah penting memandangkan majoriti pemimpin PAS mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan berikutan sebarang salah faham (dalam kalangan parti komponen) akan menimbulkan keretakan dalam Pakatan. 

"Kekuatan PR berdasarkan kepada perbincangan, konsensus dan rundingan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program hijrah Selangor di sini Selasa.

Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai pengantara bagi menyelesaikan isu hudud di antara DAP dan PAS, Mohamed Azmin berkata PKR sentiasa memainkan peranan itu dalam Pakatan sejak 15 tahun lalu.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah keputusan yang tidak munasabah. 

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata tindakan DAP itu diibaratkan seperti parti itu telah memutuskan hubungan dengan PAS kerana Abdul Hadi mewakili parti PAS.

"Ia sama macam putus dengan parti sebab presiden mewakili parti, mana boleh tolak presiden tetapi ingin terima parti... ia tidak boleh diterima," katanya ketika ditemui pemberita.

Mohd Amar berkata kesemua parti dalam pakatan pembangkang tidak boleh berdiri sendiri sebaliknya saling memerlukan antara satu sama lain.

"Kita capai kejayaan hari ini semua kerana kerjasama, kalau PAS tidak sokong belum tentu DAP boleh dapat Pulau Pinang, (PKR) belum tentu boleh dapat Selangor," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya hari ini berkata DAP hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi dan mahu menghentikan sebarang hubungan dan kerjasama dengan beliau.

DAP mendakwa Abdul Hadi sebagai mengkhianati pakatan pembangkang dengan mengemukakan notis kepada parlimen bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan pada 18 Mac lepas.

DAP mendakwa tindakan tersebut sebagai melanggar janji yang dibuat pemimpin berkenaan iaitu sebarang pembentangan usul tersebut perlulah mendapat persetujuan daripada pakatan pembangkang terlebih dahulu yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lepas.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , Azmin Ali , hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan