2,317 Kanak-Kanak Daftar Di Pusat Anak Permata Negara - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,317 kanak-kanak mendaftar di 88 buah Pusat Anak Permata Negara di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Isnin  bahawa program itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum untuk menempatkan anak mereka yang berusia di bawah empat tahun.

Sehingga kini, lebih RM575 juta peruntukan disalurkan untuk pembangunan, perbelanjaan mengurusan dan rangsangan ekonomi program Permata.

"Sebahagian besarnya turut disalurkan kepada beberapa agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sebagainya yang turut melaksanakan program Permata dengan skala yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan G. Manivannan (PKR-Kapar) yang bertanya mengenai bilangan kanak-kanak yang mendaftar di Pusat Anak Permata Negara sejak program itu dilaksanakan dari 2001 serta jumlah peruntukan tahunannya.

Shahidan turut menafikan program Permata Negara tidak mempunyai kesinambungan seperti didakwa Manivannan dalam soalan tambahannya.

"Usia 0 hingga 4 tahun diuruskan Permata, manakala empat hingga enam tahun diuruskan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Kita ada Permata Kemas, Permata Kementerian Pendidikan dan sebagainya," jelas beliau.

Selain Permata Negara, program lain yang menjadi kesinambungan program itu ialah Permata Seni, Permata Pintar, Permata Kurnia.

Beliau berkata, Hospital Anak-anak Permata pula akan dibina di kawasan pembangunan 1Malaysia Development Berhad.

Menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulung) mengenai cara mengikis persepsi negatif segelintir pihak terhadap program Permata Negara, Shahidan berkata: "Saya tidak perlu 'kikis' sebab ini program terbaik yang pernah dianjurkan negara." -- Bernama


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan