YB Pembangkang Ditegur Sangka Buruk Terhadap PM

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 12:38 PM

Wan Hasan Mohd Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang ditegur kerana cuba menimbulkan sangkaan buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tanggungjawab Perdana Menteri ketika negara berhadapan banjir besar Disember lalu.

Tindakan Wan Hasan Mohd Ramli (PAS-Dungun) menggunakan sesi pertanyaan lisan untuk membangkitkan isu kelewatan Najib meninjau bencana banjir kerana berada di luar negara menimbulkan bantahan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Malah, sikap Wan Hasan yang terus ‘menyerang’ kepimpinan negara berhubung isu banjir memaksa seorang timbalan menteri mengemukakan bantahan menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) berhubung sangkaan jahat terhadap ahli Dewan Rakyat.

“Itu sangkaan buruk. Saya berhak kemukakan (bantahan) Peraturan Mesyuarat,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Terdahulu, Wan Hasan ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel menyentuh mengenai aktiviti Najib bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir.

“Ketika banjir melanda negara, Perdana Menteri berada di Hawaii bermain golf sehingga timbul kata-kata bahawa GST ialah Golf Shopping Travel.

“Malah ketika lawatan Sultan Pahang ke Cameron Highland, timbul kemurkaan tuanku kepada menteri kerana tidak berada di lokasi kejadian,” katanya sebelum mengemukakan soalan.

Bagaimanapun, tindakan Wan Hasan itu ditegur beberapa kali oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Said.

“Yang Berhormat Dungun, apa kena-mengena dengan banjir? Peraturan 24 (4) soalan tak boleh dijadikan helah untuk berbahas.

“Sebab itu dalam sesi soal jawab lisan, kita mesti fokus kepada soal jawab. Jangan sentuh perkara sensitif hingga ahli lain kemukakan peraturan mesyuarat,” katanya.

Pada Disember lalu, Najib menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir dalam negara seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, aktiviti itu telah dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.



Tags / Kata Kunci: Wan Hasan Mohd Ramli , banjir , Perdana Menteri , BN

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan