Tiga Pekerja Maut Seorang Cedera Lif Terjatuh

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 4:58 PM

Tiga pekerja binaan warga Indonesia maut manakala seorang warga Bangladesh cedera apabila lif pengangkut penumpang yang mereka naiki gagal berfungsi dan terjatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga pekerja binaan warga Indonesia maut manakala seorang pekerja Bangladesh cedera apabila lif pengangkut penumpang yang mereka naiki gagal berfungsi dan terjatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 di sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Putrajaya, DSP Zaihairul Idrus berkata warga Indonesia berkenaan yang merupakan penampal simen, berumur lingkungan 20-an meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata warga Bangladesh itu pula merupakan operator lif tersebut berumur sekitar 40-an.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya manakala yang cedera turut dirawat disitu. Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi Isnin

Zaihairul berkata lif itu dipercayai mengalami masalah brek sehingga gagal dikawal dan menyebabkan ia terjatuh.

Lif tersebut turut membawa beberapa kampit simen yang dianggarkan seberat kira-kira 1,200 kilogram, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes kematian mengejut dan pihak kedutaan Indonesia dan Bangladesh telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata punca sebenar kemalangan masih disiasat dan kerja-kerjadi kawasan itu dihentikan buat sementara waktu. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Maut lif terjatuh

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan