Sultan Ibrahim Dimahkota Sebagai Sultan Kelima Johor Moden

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 11:14 AM

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

  • 1 of 12
  • sultan1

  • sultan10

    Raja Zarith Sofiah kini bergelar Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan negeri berkenaan.

  • sultan11

    Rakyat Johor memenuhi sepanjang perjalanan kenderaan Sultan dan Permaisuri Johor selepas istiadat kemahkotaan selesai di Istana Besar.

  • sultan12

  • sultan2

    Ayahanda Sultan Johor Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail menepung tawar pada 10 September 1983 dalam istiadat bersanding pasangan Diraja Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.

  • sultan3

    Pasangan Diraja, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja Johor dan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.

  • sultan4

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima siraman air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah negeri ini oleh Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (tengah) pada Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar.

  • sultan5

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi Isnin. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

  • sultan6

    Kerabat diraja negeri dan negara jiran serta jemputan di kalangan orang kenamaan antara yang hadir pada istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Isnin.

  • sultan7

  • sultan8

    Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki singgahsana sebelum dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima.

  • sultan9

    Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan mahkota sebagai tanda Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima.

x
(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi Isnin.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Raja Zarith Sofiah kini bergelar Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan negeri berkenaan.


Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda  Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan