SPAH Jimatkan Sehingga 40 Peratus Air Terawat Selangor

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 3:07 PM

Azmin (tiga dari kanan) melihat dengan lebih dekat lagi kaedah penggunaan SPAH selepas melancarkan sistem berkenaan, Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) mampu menjimatkan 30 hingga 40 peratus air terawat di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan,  Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, sistem berkenaan dikuatkuasakan di tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Pada musim panas dan kering antara April hingga September kita mengalu-alukan semua pihak temasuk industri dan pengguna untuk mengurangkan pengunaan air.

"Penggunaan air di Selangor lebih 200 juta liter dan ia pada tahap membimbangkan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melancarkan penggunaan SPAH di negeri berkenaan.

Beliau berkata, statistik tersebut dianggap tinggi dan pengunaan SPAH mampu mengurangkan pengunaan air terawat.

Sementara itu, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi Institut Penyelidikan hidraulik kebangsaan Malaysia (Nahrim), Mohd Fauzi Mohamad berkata, SPAH bermula sejak dua tahun yang lalu dan kini diperluaskan ke kawasan perumahan serta beberapa persatuan penduduk (JMB).

"MBPJ memperuntukan dana khas untuk JMB untuk buat melaksanakan projek SPAH.

"Kita juga sedang menggalakkan pihak pemaju untuk membina SPAH di kawasan perumahan dan ia akan diwajibkan untuk harta tanah, manaka bagi bangunan bertingkat kita akan memberi insentif dengan potongan dana kepada PBT," katanya.

Jelasnya, selain Selangor pengunaan SPAH juga telah diwartakan di enam negeri lain, iaitu Melaka, Johor, Perlis, Perak dan Kelantan. 


Tags / Kata Kunci: SPAH , Elizabeth Wong , PBT , air terawat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan