SPAD Tak Sensitif, Kenaikan Tambang Tak Masuk Akal - Persatuan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menaikkan kadar tambang teksi dan bas ekspres dilihat sebagai tidak masuk akal.

Presiden Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Semenanjung Malaysia (PUPTeKSM) Norfaiza@Roy Abdul Ghani berkata, pengumuman kenaikan kadar tambang itu tidak mencerminkan sensitiviti SPAD kepada rakyat Malaysia menjelang 1 April di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan.

"Kami merasakan pimpinan SPAD tidak berperikemanusiaan, kejam dan zalim kepada pengguna perkhidmatan awam dan rakyat Malaysia.

"GST adalah ujian kepada rakyat Malaysia, sepatutnya SPAD bantu kerajaan menghadapi ujian ini dan bukannya mensabotaj dengan memberi impak negatif kepada kerajaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Menurut Norfaiza, pertubuhan itu menyokong kerajaan dan segala bentuk perubahan positif berhubung kenaikan harga tambang tetapi bukan dilakukan dengan cara tergopoh-gopah menjelang pelaksanaan GST.

Katanya, adalah lebih baik jika SPAD memberikan tumpuan dengan menyelesaikan beberapa isu seperti teksi daif, uzur dan model kenderaan yang berusia lebih 25 tahun sebelum mengumumkan kenaikan kadar tambang.

"Kadar tambang yang diumumkan ini tidak adil dan tidak masuk akal. Pengguna atau orang ramai akan rasa tertipu dengan perkhidmatan yang diberikan kerana tidak setimpal dengan kadar bayaran baharu ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa SPAD mengamalkan diskriminasi dalam menentukan kadar tambang untuk teksi kelas eksekutif.

Jelasnya, lesen kelas eksekutif juga tidak terlepas daripada kenaikan kos penyelenggaraan dan sebagainya seperti kelas lesen-lesen yang lain.

Beliau turut mengkritik SPAD yang didakwa tidak mengadakan rundingan atau merujuk dengan persatuan sebelum mengeluarkan Pekeliling mengenai pemansuhan teksi eksekutif bertarikh 1 April tahun lalu.

"Kita hanya sedar mengenai pemansuhan ini melalui laman web SPAS dan apabila terdapat ahli yang ingin memperbaharui lesen kelas eksekutif, mereka diminta bertukar kelas teksi.

"Ahli Parlimen perlu membahaskan perkara ini serta menubuhkan jawatankuasa yang boleh memantau pengurusan SPAD supaya tidak mendatangkan masalah kepada pengusaha, pengguna perkhidmatan awam dan khususnya kerajaan," katanya.

Pada Ahad, Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter, Amran Jan berkata ahli-ahlinya telah menentu ukur meter mereka kepada kadar tambang baharu dan tidak akan membuat apa-apa perubahan sehingga satu arahan rasmi daripada Spad diterima.

Kenyataan itu dibuat setelah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata Kabinet telah mengarahkan Spad menangguhkan kenaikan tambang yang diumumkan.

Muhyiddin berkata, kerajaan memahami asas bagi kenaikan tambang pengangkutan awam tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakannya.


Tags / Kata Kunci: SPAD , PUPTeKSM , GST , teksi

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan