Raja Zarith Sofiah Bergelar Permaisuri Johor

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 12:21 PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah mengaminkan doa selepas istiadat kemahkotaan di Istana Besar, Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah  dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini.

Gelaran itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang turut dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden dalam istiadat gilang gemilang di Istana Besar.

Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak, Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

Raja Zarith Sofiah melanjutkan pengajian di Cheltenham Ladies College, England sehingga tamat Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian di Davies College, London pada 1977.

Pada tahun berikutnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford dan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

Raja Zarith Sofiah merupakan ahli bahasa yang memilih pengajian bahasa Mandarin semasa di Oxford dan turut mempelajari bahasa lain termasuk Perancis dan Itali.

Baginda turut mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda baginda.

Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Ibrahim pada usia 23 tahun dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.

Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia.

Baginda turut menubuhkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran terutama pembelajaran secara Islam.

Baginda juga aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan tulisan dan  buku cerita kanak-kanak dan pernah menjadi penulis di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Sesungguhnya Permasuri Johor ini merupakan seorang yang peramah, berjiwa rakyat serta amat disenangi dan disanjungi rakyat. -- Bernama


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan