Personaliti, Artis Ikrar Derma Organ

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 9:43 PM

Fara Fauzana antara selebriti yang berikrar untuk menderma organ.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa anggota terkemuka masyarakat termasuk pegawai kanan syarikat perbankan dan media serta selebriti media telah berikrar sebagai penderma organ.

Pusat Sumber Transplan Nasional berkata pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar; dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Bhd, Seelan Paul serta penyampai radio Farah Fauzana antara yang membuat ikrar itu.

Turut berikrar ialah pengacara terkenal Faizal Ismail (FBI) dan selebriti Imam Muda Asyraf, yang merupakan Duta Derma Organ.

Menurut kenyataan itu, ikrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia.

"Seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya.

"Berdasarkan peruntukan Akta Tisu Manusia 1974, hanya ahli keluarga berhak memberi kebenaran untuk menderma organ si mati pada saat kematian," katanya.

Sehingga ini, lebih 19,000 pesakit memerlukan sumbangan organ.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ.

Tags / Kata Kunci: derma organ

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan