Perlu Tentukan Sama Ada Hudud Terpakai Untuk Pemerintah Di Kelantan - Saifuddin

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 12:24 PM

Datuk Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan sama ada undang-undang hudud PAS akan digunakan terhadap Sultan Kelantan apabila ia dilaksanakan.

"Di Arab Saudi, Brunei dan Kelantan, adakah hudud yang diluluskan itu boleh diaplikasikan pada Raja atau Sultan?

"Dalam undang-undang kini, Sultan boleh dihadapkan ke Mahkamah Khas, bukan mahkamah biasa yang rakyat dihadapkan," beliau menulis di dalam status Facebooknya, Ahad.

Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata Sultan dan rakyat sepatutnya dihadapkan ke mahkamah yang sama kerana Hudud ialah undang-undang sempurna daripada Allah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob membentangkan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) (Pindaan 2015) pada Khamis bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud PAS di Kelantan.

Rang Undang-Undang tersebut telah sebulat suara diluluskan pada hari berikutnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menjelaskan pendirian Barisan Nasional mengenai hudud minggu ini.
Tags / Kata Kunci: hukum hudud , Datuk Saifuddin Abdullah , GMM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan