Pembangkang Dakwa KPN Hina Dewan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:35 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang pada Isnin memfailkan usul bagi merujuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa menghina persidangan Dewan Rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan polis menahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan 1948 adalah pencabulan terhadap hak dan keistimewaan wakil rakyat berdasarkan peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Tan Sri Khalid bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai pengetahuan peribadi pada setiap masa berkenaan penangkapan dan penahanan YB Lembah Pantai.

"Oleh yang demikian saya memohon supaya Tuan Yang Dipertua merujuk Ketua Polis Negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penghinaan dan gangguan terhadap perjalanan Dewan yang mulia ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Notis berkenaan dihantar ke pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Isnin.

Selain itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan juga tidak membenarkan tindakan diambil terhadap Nurul Izzah kerana ucapan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini dikatakan tidak menyentuh mana-mana perkara di bawah Seksyen 3(1) f Akta Hasutan 1948.

Veteran DAP itu juga menegaskan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen turut dinyatakan di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 di Seksyen 3 dan 7 tanpa apa-apa pengecualian.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR ditahan reman satu malam pada 16 Mac dan dilokap Jinjang.

Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.

Katanya, beliau juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu pada 10 Mac lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan