Pakatan Rakyat Makin Parah

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretakan hubungan PAS dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang dilihat semakin parah apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikecam kerana didakwa memungkiri janji khususnya berhubung pelaksanaan hudud.

Terbaharu, DAP mendakwa Presiden PAS itu melanggar komitmennya apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa rang undang-undang (RUU) persendirian berkenaan hudud ke Parlimen.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, PAS sengaja menyembunyikan hasrat mereka untuk membentangkan RUU berkaitan hudud daripada pengetahuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pada mesyuarat 12 Mac, hanya dibentangkan draf Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah, walaupun kita tidak setuju.

“Tapi rang undang-undang persendirian tidak pernah dibincangkan, Hadi bentangkan tanpa mengikuti keputusan yang dicapai mesyuarat. Beliau mengingkari keputusan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan beliau,” katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen bagi mengecam tindakan presiden PAS itu yang disifatkan membelakangkan pakatan pembangkang.

Tambah Loke, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu iaitu sebelum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberi komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun DAP kesal apabila Hadi gagal menunaikan janji dan pengakuan yang dibuatnya sendiri.

Selain itu, pada sidang media sama, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban mendedahkan Hadi menyerahkan notis pemberitahuan bertarikh 18 Mac kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Notis berkenaan dihantar sehari sebelum undang-undang hudud itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.

Dilaporkan Hadi sendiri dijangka membentangkan RUU di Dewan Rakyat pada April ini bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dilaksanakan di Kelantan.


Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , hudud , RUU , Anthony Loke

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan