RUU Persendirian PAS: Kuasa Speaker Dewan Rakyat - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 2:17 PM

Pandikar Amin Mulia

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempunyai kuasa penuh untuk membenarkan wakil rakyat PAS membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, budi bicara dan kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk menyenaraikan RUU persendirian dalam senarai aturan mesyuarat.

“Rang undang-undang persendirian akan dihantar kepada speaker dan saya tidak tahu apa yang terjadi sekarang kerana terletak kepada speaker untuk putuskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Selain itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mengesahkan bahawa RUU persendirian berkaitan hudud masih belum disenaraikan dalam senarai aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Ditanya sama ada PAS mempunyai masa yang cukup untuk membentangkan RUU berkaitan hudud itu pada sesi persidangan kali ini, Shahidan sekali lagi menyerahkan tanggungjawab itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

"Saya tak pasti, speaker akan putusakan sama ada ia boleh dipertimbangkan untuk dibincangkan atau tidak.

“Apa yang penting ada rang undang-undang kerajaan yang perlu didahulukan terutama berkaita jenayah. Dalam amalan biasa, aturan kerajaan di dahulukan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan RUU persendirian di Dewan Rakyat pada April ini bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dilaksanakan di Kelantan.

Malah Hadi sendiri sudah mengemukakan notis 14 hari kepada pejabat Pandikar Amin pada 18 Mac lalu sebelum RUU tersebut dibawa ke Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 diluluskan sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.

Mesyuarat pertama penggal ke-13 Parlimen kali ini bermula 9 Mac lalu dan akan berakhir 9 April depan.

Dewan Rakyat akan bersidang semula bermula 18 Mei hingga 18 Jun depan.


Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim , Speaker Dewan Rakyat , PAS , hudud

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan