Kuan Yew Mahukan Perundangan Adil, Cekap Untuk Singapura

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:57 PM

Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Isnin. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Badan kehakiman Singapura turut bersedih dengan kematian Lee Kuan Yew, perdana menteri pertama Singapura, yang juga seorang anggota badan peguam yang begitu disegani dan dihormati.

Dalam kenyataan bagi pihak Badan Kehakiman Singapura, Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon berkata Kuan Yew diterima sebagai anggota Badan Peguam Singapura pada 7 Ogos 1951 dan menjadi pengamal undang-undang sehinggalah beliau menyandang jawatan perdana menteri pada 1959.

Sejak itu, kata beliau, Kuan Yew mempunyai minat mendalam terhadap pembangunan profesion guaman dan sistem undang-undang Singapura.

Dalam ucapannya pada 1962, kata beliau, Kuan Yew mengingatkan peguam dan hakim tentang perlunya mereka menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan cekap bagi memastikan sistem kehakiman dan undang-undang berjalan secara adil dan lancar, demi manfaat semua anggota masyarakat.

Ketua hakim itu berkata, dalam wawasannya untuk Singapura, Kuan Yew mahu agar kekuatan dan kecergasan sistem undang-undang, termasuk wujudnya sekolah undang-undang kelas pertama, profesion kukuh dan cekap serta perkhidmatan undang-undang yang cemerlang, yang diterajui badan kehakiman bersifat bebas serta tidak rasuah dan cemerlang, diberi perhatian utama.

Menurut Menon, sepanjang hayatnya, Kuan Yew memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan sejak mula menjadi perdana menteri lagi, beliau berazam untuk menghapuskan rasuah dalam institusi awam.

Beliau berkata, bagi Kuan Yew, nilai sesuatu sistem undang-undang perlu dinilai bukan semata-mata berdasarkan kehebatan atau kecemerlangan teori asasnya, tetapi lebih penting, melalui sama ada ia beroperasi dengan baik diperingkat amali untuk memastikan wujudnya ketersusunan dan keadilan dalam urusan antara rakyat dan dalam hubungan antara rakyat dengan negara.

Menurut beliau, Kuan Yew percaya bahawa kualiti "perkhidmatan sektor undang-undang kita dan nilai profesion guaman akan bertambah kukuh sekiranya hakim, peguam kanan dan anggota lain dalam komuniti undang-undang berganding bahu untuk menjadi mentor kepada para peguam muda serta memberi perangsang kepada mereka supaya sentiasa mencintai dan memberi komitmen untuk bertindak dengan betul."

Wawasan Kuan Yew itu membawa kepada tertubuhnya Akademi Undang-undang Singapura pada 1988, kata beliau. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lee Kuan Yew , Badan Kehakiman

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan