Kit Siang 'Pancing' BN Selepas Gagal Halang PAS - Tiong Lai - Berita Semasa | mStar

Kit Siang 'Pancing' BN Selepas Gagal Halang PAS - Tiong Lai

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 4:53 PM

Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibidas kerana terus ‘bermain politik’ apabila cuba mengalihkan tumpuan rakyat dalam isu hudud dengan memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong pembangkang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, DAP terpaksa mendapatkan sokongan BN apabila gagal menghalang sekutunya dalam pakatan pembangkang daripada meneruskan agenda pelaksanaan hudud.

“Kita nak tahu apa agenda Kit Siang, beliau ada semua agenda. Kalau untuk pembangunan negara, kita memang terbuka dengan semua pihak untuk bekerjasama.

“Tapi kita sangsi dengan agenda Kit Siang. Beliau sebenarnya cuba alihkan perhatian terhadap kegagalannya menghalang PAS, dia main politik dalam isu hudud,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai saranan Kit Siang mengenai pembentukan kerajaan baharu melibatkan Ahli Parlimen di kalangan parti kerajaan dan pembangkang bagi mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Menurut Kit Siang seperti yang dipetik dari Roketkini.com,  kemelut di pihak BN dan Pakatan Rakyat semakin meruncing serta langkah untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan oleh PAS akan menimbulkan krisis Perlembagaan, khususnya jika Umno menyokong enakmen berkenaan.

Mengulas lanjut, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DAP perlu bertanggungjawab terhadap kegagalannya menghalang PAS meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015.

“Kit Siang tahu sejak awal bahawa PAS akan laksanakan hudud. Tapi sekarang jelaslah bahawa dia gagal halang, sebab itu dia cuba main politik dengan isu hudud.

“Kita mahu rakyat tahu bahawa Kit Siang perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , DAP , BN , Liow Tiong Lai
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan