Keunikan Tradisi Kesultanan Johor Ditonjol Pada Istiadat Kemahkotaan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 8:51 PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat selepas Istiadat Kemahkotaan, di Istana Besar pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Keunikan tradisi Kesultanan Johor yang ditonjolkan pada istiadat kemahkotaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diharapkan dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Ia dianggap eksklusif kerana dihadiri dif kehormat terpilih termasuk Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.

Istiadat Kemahkotaan yang bermula pada pukul 10 pagi Isnin, penuh dengan adat istiadat turun temurun Kesultanan Johor, mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum Sultan Ibrahim sah dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima.

Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan dengan gelaran Permaisuri Johor, gelaran pertama kali digunakan di negeri ini.

Turut menarik perhatian ialah penggunaan beberapa peralatan istiadat kerajaan negeri Johor seperti pedang kerajaan, keris-keris istiadat, keris darjah kerabat, cogan agama, cogan alam, payung istiadat dan cokmar, sebagai unsur yang memberi nilai legitimasi dan kedaulatan kepada raja sebagai pemerintah.

Selesai istiadat kemahkotaan, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah kemudiannya menyertai perarakan diraja, sekali gus memberi peluang kepada rakyat jelata untuk menikmati detik bersejarah itu.

Pelbagai memori diabadikan sepanjang perjalanan 8.5 kilometer dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene, baik pasangan diraja mahupun rakyat jelata yang sama-sama turun ke bandar raya seawal 4 pagi, semata-mata untuk melihat lebih dekat Sultan Johor yang dikasihi.

Ada antara orang ramai yang hadir boleh dikatakan bertuah kerana ini merupakan kali kedua mereka merasai sendiri suasana istiadat kemahkotaan yang diadakan kali terakhir 55 tahun lepas.

Zaman mungkin berubah tapi tradisi Kesultanan Johor masih dikekalkan dan dihidupkan kembali pada istiadat ini.

Ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri ketika ditemui selepas istiadat kemahkotaan yang berkata 'ia merupakan satu istiadat yang sarat dengan nilai-nilai sejarah'.

Beliau berkata dengan mengadakan istiadat seperti ini, ia memberi peluang kepada generasi muda mengetahui nilai-nilai sejarah berkaitan dengan Kesultanan Johor.

"Bagi kita semua terutama sekali generasi baharu, mereka mendapat peluang untuk melihat (sendiri) adat resam dan sejarah Kesultanan Johor yang mana sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat khususnya rakyat negeri Johor," kata Najib.

Diharapkan dengan adanya usaha untuk merekod dan menerbit istiadat bersejarah ini dalam bentuk dokumentari dan buku, ia dapat memastikan istiadat ini 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Istiadat kemahkotaan hari ini disusuli dengan jamuan diraja di Dewan Santap Istana Besar malam ini yang diadakan secara tertutup.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan