Kadar Tambang Baharu Teksi Diteruskan - Nancy - Berita Semasa | mStar

Kadar Tambang Baharu Teksi Diteruskan - Nancy

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 8:59 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Isnin.  

Beliau berkata penundaan itu hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas. 

"Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya," kata menteri itu dalam satu kenyataan di sini. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my. 

Khamis lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Tags / Kata Kunci: kadar tambang baharu
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan