Perbincangan Penstrukturan Air Selangor Diadakan Semula - MB

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:04 PM

air selangor
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  (KeTTHA) mengadakan semula perbincangan berhubung terma Perjanjian Utama (MoA) penstrukturan air di negeri itu pada Isnin, kata Menteri Besarnya, Azmin Ali.

Beliau berkata, perbincangan awal diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkenaan, Datuk Loo Took Gee.

"Hari ini bukan antara menteri dan menteri besar, ia antara pegawai tertinggi.

"Kerajaan negeri diwakili (Datuk) Khusrin dan saya diberitahu pihak sebelah diwakili KSU.

"Saya difahamkan perbincangan pagi tadi satu permulaan yang baik dan akan buat susulan mesyuarat dengan menteri," katanya dalam sidang media selepas melancarkan program sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, di sini, pada Isnin.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, beliau berharap perjanjian tersebut dapat dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

"Saya harap kita mampu memuktamadkannya secepat mungkin," katanya.

Ditanya mengenai isu kedaulatan tanah yang menjadi punca pembatalan MoA sebelum ini, Azmin berkata, perkara itu tidak lagi berbangkit kerana Putrajaya bersetuju mahu meneliti semula perjanjian asal.

"Sekiranya mereka nak kembali kepada perjanjian asal maka isu ini tidak timbul," katanya.

Pada 9 Mac lalu, Azmin dilaporkan membatalkan  perjanjian penstrukturan semula air di Selangor apabila mendakwa KeTTHA meminta penangguhan buat kali ketiga.

Azmin dipetik sebagai berkata, pembatalan itu disebabkan kerajaan Pusat juga dikatakan melanggar terma perjanjian yang ditandatangani pada 2014 menyebabkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai pilihan lain. 




Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , air , Selangor , Mohammed Khusrin Munawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan