SPAD Diminta Buat Ketetapan Meter Baharu

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan ketetapan mengenai penentukuran meter yang dilakukan pemandu teksi.

Timbalan Pengerusinya, Ahmad Azmi Abd Majid, yang mewakili kira-kira 380 pemandu teksi dan kereta sewa, berkata ini kerana hampir 25 peratus pemandu teksi telah melakukan penentukuran itu susulan pengumuman SPAD mengenai kenaikan tambang teksi.

"Wujud kekeliruan sebab pemandu teksi yang melakukan penentukuran meter perlu ikut kadar tambang baharu yang diumumkan SPAD sebelum ini, namun mereka yang kekal dengan meter lama akan mengenakan tambang lama," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Khamis lepas, SPAD mengumumkan kenaikan tambang teksi berkuat kuasa serta merta manakala kenaikan tambang bas pula berkuat kuasa 15 Mei.

Namun, kabinet telah meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu kerana ia tidak sesuai dilakukan pada masa sekarang selain dilihat menyusahkan rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad Azmi berkata, anggota persatuan terpaksa membayar RM106 kepada syarikat yang melakukan penentukuran kadar pada meter selain RM50 kepada Puspakom sebagai bayaran memastikan meter itu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. 


Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan