PRK DUN Chempaka: Tiada Provokasi Dan Ketegangan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 2:09 PM

Kelihatan Anggota Polis Trafik mengawal lalulintas bagi membantu kelancaran proses pembuangan undi pada PRK DUN N.06 Chempaka di Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Kota Baru, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tiada sebarang provokasi dan insiden tegang berlaku ketika proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada sebelah pagi, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata, pihaknya turut menempatkan skuad anti kesesakan di sembilan pusat mengundi bagi memastikan proses mengundi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

"Daripada lawatan (saya) ke beberapa pusat pengundian, didapati proses pengundian berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.

Seramai 1,020 anggota dan pegawai polis ditempatkan di kesemua pusat pengundian.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: PRK DUN Chempaka , Mazlan Lazim

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan