Teknologi Perubatan Terkini Penuhi Hasrat Suami Isteri Derma Buah Pinggang

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 6:13 PM

Foo Wei Fong (kanan) menganggap menjadi tanggungjawabnya sebagai suami untuk mendermakan buah pinggang kepada isterinya, Low Yoon Moy.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masalah untuk mendapatkan penderma buah pinggang pastinya terungkai jika ahli keluarga terdekat tampil untuk menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung pesakit.

Malahan, teknologi perubatan moden masa kini, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mampu melaksanakan pembedahan transplan buah pinggang antara kumpulan darah berlainan.

Menerusi proses pemindahan buah pinggang serasi ABO ini, ia membolehkan suami atau isteri menderma buah pinggang untuk pasangan masing-masing.

Ternyata kecanggihan bidang perubahan itu mampu menjanjikan kehidupan baharu buat pesakit buah pinggang, Low Yoon Moy, 50.

Tahun lalu, Yoon Moy yang mempunyai darah jenis O menerima buah pinggang suaminya Foo Wei Fong, 52 yang memiliki darah AB.

Mereka adalah pasangan suami isteri berlainan jenis darah yang menjalani pemindahan buah pinggang pertama di Malaysia di PPUM.

Sebagai ketua keluarga, Wei Fong merasakan menderma organ buat insan tersayang terutama isterinya adalah tanggungjawab yang harus dilakukan.

“Ini tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan ketua keluarga jadi saya perlu menyelamatkan orang yang saya sayang dan meringkan beban yang ditanggung.

“Tukar buah pinggang adalah satu langkah yang bagus kerana kehidupan isteri saya kembali normal, tidak perlu lagi mencuci darah (dialisis) selepas ini,” katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahun ke-40 pemindahan buah pinggang Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Ahad.

Selain itu, bagi Makmor Tumin, 48, beliau bertuah kerana isterinya, Aniza Ismail, 46 sedia menjadi penderma pada Mei tahun lalu.

“Ini pemindahan buah pinggang kedua selepas yang pertama  didermakan adik saya pada 1995 gagal berfungsi selepas 20 tahun,” jelasnya.

Makmor bersyukur kerana isterinya, Aniza sedia menderma buah pinggang kepadanya.

Bagi Aniza, beliau bersedia menjadi penderma selepas doktor memaklumkan masalah yang dialami suaminya.

“Selepas buah pinggang itu gagal berfungsi, suami saya perlu menjalani dialisis selama dua bulan dan ketika itu saya mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggang saya,” katanya.

Menyingkap pengalaman yang dilalui Tan Shu Peng yang mengalami masalah buah pinggang tiga tahun lalu, katanya, pemindahan organ dapat dilakukan selepas ibu kandungnya sendiri, Leong Chee Yan, 59 sedia menjadi penderma pada Mei tahun lepas.

Shu Peng sentiasa mendoakan kesihatannya dan ibu yang berkorban dengan mendermakan buah pinggang kepadanya sihat.

Shu Peng, 26 yang terharu dengan pengorbanan ibunya itu kini dapat meneruskan kehidupan normal seperti ahli keluarga serta rakannya yang lain.

“Saya sangat berterima kasih kepada ibu kerana banyak berkorban hingga sanggup mendermakan buah pinggangnya, kesediaan ibu membuatkan saya rasa sangat beruntung dan berharap kami berdua akan kekal sihat," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi PPUM, Prof. Dr. Lim Soo Kun berkata, terdapat 300 kes pemindahan buah pinggang dijalankan sepanjang tempoh itu.

“Kami menjalani satu hingga dua kes transplan setiap bulan," katanya.











Tags / Kata Kunci: buah pinggang , PPUM , ABO , Makmor Tumin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan