Pak Mie Kritikal Selepas Diserang Strok

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Muhammad Azmi Ismail yang menguruskan sebuah tempat tinggal untuk anjing dan kucing terbiar di Alor Setar, berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami strok.

Muhammad Azmi, 57, yang dikenali ramai sebagai Pak Mie, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas mengalami strok pagi Khamis, kata keluarganya.

Isterinya, Halijah Idris, 68, yang lebih dikenali sebagai Mak Intan, berkata doktor telah memberitahu keluarganya bahawa keadaan Pak Mie adalah kritikal.

"Pada masa ini, fungsi otaknya semakin lemah dan dia bernafas menggunakan pengudaraan mekanikal," katanya kepada The Star Online.

Beliau menambah, Pak Mie akan diletakkan di bawah pemerhatian selama 48 jam sebelum keputusan lanjut mengenai dirinya ditentukan.

Pak Mie pada mulanya dibawa ke Hospital Tentera Sultan Mizan di Wangsa Maju sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang.

Dia dan isterinya telah menjaga anjing dan kucing terbiar sejak 1990.

Tempat perlindungan haiwan-haiwan tersebut yang terletak di rumah mereka Alor Setar mempunyai 700 ekor anjing dan 200 ekor kucing.

Cerita pasangan itu berjaya dikesan apabila video mengenai aktiviti mereka menjadi viral pada 2013.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan