Mejar Kini 'Terbang Tinggi' Di Angkasa

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 9:09 AM

Mejar Shamsul Shahreen Isa bergambar bersama kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih dan Rumah Anjung Kasih Langkawi di LIMA 2015, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kerja keras dan keazaman membawa Mejar Shamsul Shahreen Isa, 35, di kedudukannya hari ini, iaitu sebagai ahli pasukan elit Krisakti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berasal dari Perak, anak sulung daripada tiga adik-beradik yang dibesarkan oleh ibu tunggal ini berkata beliau sentiasa mahu mengalami kebebasan terbang tinggi di udara.

"Setakat yang saya ingat, saya telah sentiasa mahu menjadi seorang juruterbang," kata beliau dalam satu pertemuan motivasi dengan 40 orang anak yatim dari Rumah Nur Kasih  dan Rumah Anjung Kasih Langkawi yang dihoskan oleh Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd di LIMA, Sabtu.

"Selepas lulus sekolah menengah, saya mendaftar di Kolej Tentera Udara di Kedah di mana di situ saya mengambil Diploma Kejuruteraan Aeronautical," kata Mejar Shamsul, sambil menasihatkan kanak-kanak di situ untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Selepas selesai mengambil kursus itu, saya telah dinaikkan pangkat menjadi pegawai TUDM. Saya telah diambil ke dalam Pasukan Krisakti pada tahun 2011.

"Ia bukan tidak ada cabaran. Terdapat kebimbangan dan had yang kita perlu atasi, seperti takut pada ketinggian walaupun bagi seorang juruterbang.

"Kami melakukan yang terbaik, dan meninggalkan yang lain kepada Allah," katanya, sambil menambah beliau berharap LIMA akan memberi inspirasi penerbangan di kalangan generasi muda.

Pasukan yang terdiri daripada lima anggota itu telah ditubuhkan pada tahun 2011, juga diiktiraf sebagai pasukan aerobatik profesional pertama dalam Malaysia Book of Records.

Seorang penjaga di Rumah Nur Kasih yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 49, berkata, kanak-kanak di situ tidak pernah tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini.

"Walaupun pesawat yang dipamerkan di situ berbeza, tetapi mereka semua dapat merasa duduk di dalam kokpit jet pejuang," katanya.
Tags / Kata Kunci: TUDM , Krisakti , Mejar Shamsul Shahreen Isa

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan