Majlis Peguam Gesa Polis Hormat Kedaulatan Undang-Undang

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 2:52 PM

Steven Thiru

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Peguam Malaysia menyatakan kebimbangan mendalam berhubung penangkapan terbaharu aktivis dan ahli politik pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, presidennya yang baharu dilantik, Steven Thiru berkata Majlis Peguam 'terkejut dengan penangkapan dan penahanan tergesa-gesa dan mendesak pihak polis untuk menghormati hak perlembagaan rakyat dan menegakkan kedaulatan undang-undang."

"Mahkamah Rayuan mengesahkan kebebasan mengikut perlembagaan ini sebagai hak asasi rakyat Malaysia, seperti yang dipetik dalam kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad lwn Pendakwa Raya tahun lepas.

"Oleh itu, tidak dapat dipertahankan lagi tindakan polis yang memutuskan untuk mengabaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nik Nazmi itu dan menangkap, serta dalam beberapa kes, menahan reman.

"Keputusan Mahkamah Rayuan mempunyai kesan yang meluas ke atas semua bentuk sekatan atau batasan di bawah undang-undang kita berhubung hak kebebasan berhimpun yang dilindungi oleh perlembagaan," katanya.

Beliau berkata sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan, akan tetap berkuatkuasa dan tertakluk selagi tidak dibatalkan Mahkamah Persekutuan.

"Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak polis mesti menghormati undang-undang pada setiap masa, dan bukan hanya bila mereka mahu atau memilih untuk berbuat demikian. Pihak polis tidak boleh menjadi undang-undang kepada diri mereka sendiri, " katanya.

Beliau menambah tidak ada sebab untuk polis menahan aktivis , Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis S Jayathas, Fariz Musa, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Teo Kok Seong dan Tian Chua kerana dilaporkan bahawa mereka secara sukarela bersetuju untuk hadir disoal siasat.
Tags / Kata Kunci: Majlis Peguam , Steven Thiru

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan