PAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 9:17 PM

Calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad (dua kanan) memenangi PRK DUN Chempaka selepas keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, malam Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) pada Ahad dengan majoriti 10,092 undi.

Calon PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi.

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas.

Berikut adalah keputusan PRK DUN Chempaka:

1. Fadzillah Hussin (Bebas): 89 undi

2. AHMAD FATHAN MAHMOOD@MAHAMAD (PAS): 10,899 undi

3. Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas): 51 undi

4. Aslah Mamat (Bebas): 27 undi

5. Sharif Mahmood (Bebas): 807 undi

Jumlah mengundi: 12,013

Peratus: 55.0051 undi

Undi rosak: 140

Majoriti: 10,092 undi

Penyandang: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS)

Undi diperolehi: 2013: 12,310 

Majoriti: 6,500

Tags / Kata Kunci: Chempaka , Ahmad Fathan Mahmood

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan