Menjenamakan Semula Profesion Pembantu Rumah

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tugas pembantu rumah atau 'amah' masih dilihat dari sudut negatif, walaupun ia merupakan tugas yang diperlukan ramai terutama golongan bekerja di bandar.

Pembantu rumah dianggap bertaraf rendah kerana mereka merupakan golongan  kurang berpelajaran, miskin dan kebanyakannya dilakukan warga asing.

Justeru kerajaan menerusi Kementerian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha untuk menjenamakan semula profesion berkenaan.

Antara langkah yang dilakukan ialah menukar istilah pembantu rumah kepada pengurus kediaman atau 'home manager'.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Sabariah Hassan berkata, selain itu program pengurus kediaman yang dihentikan pada 2011 kerana masalah teknikal selepas dua tahun dilaksanakan, bakal diperkenal semula selewat-lewatnya Mei ini.

Sabariah berkata, kursus asas itu mengandungi pelbagai modul seperti aspek pembersihan rumah, pengurusan makanan, penjagaan anak serta orang kurang upaya dan penjagaan kesihatan.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai institusi latihan, katanya dan menambah kursus memerlukan sedikit kos.

Beliau berkata, kursus pengurus kediaman juga membolehkan pesertanya memohon kerjaya dalam bidang lain seperti pengemas bilik hotel dan pembantu Taska.

Sabariah mengulas lanjut bahawa pengurus kediaman boleh menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai cara termasuk berkhidmat dan tinggal di rumah majikan dengan upah bulanan mengikut kadar pasaran atau memberi perkhidmatan secara mingguan atau harian.

"Mungkin ada majikan yang tidak mahu pengurus kediaman menetap di rumah mereka kerana merasa tidak selesa atau ada juga pengurus kediaman yang lebih selesa dengan berulang alik ke rumah majikan mereka," katanya.

Sabariah juga manyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menawarkan kursus pengurus kediaman sama ada pada peringkat sijil atau diploma.

"Seperti kerja tukang masak, dahulunya orang pandang rendah, tetapi setelah IPT menawarkan kursus seperti kulinari, ia menjadi pilihan kepada ramai pelajar yang menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka apabila keluar dari IPT," jelasnya. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan