Pendirian Badan Peguam Mengenai Hudud Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam Muslim

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 9:45 AM

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan pendirian Badan Peguam Malaysia mengenai hudud sebagai bercanggah dengan perlembagaan. 

Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar persatuan itu terganggu dengan pendirian Badan Peguam Malaysia mengenai perkara itu yang terkandung dalam kenyataan medianya bertajuk "Hudud is Unconstitutional, Discriminatory and Divisive" pada Jumaat lepas.

"PPMM terkejut dan amat bimbang dengan pendirian Badan Peguam Malaysia, yang PPMM percaya, tidak mencerminkan pandangan majoriti anggota Badan Peguam Malaysia.

"Dan lebih-lebih lagi apabila isi kandungan siaran media itu sendiri nampaknya mencerminkan pendapat yang tidak mengikut perlembagaan," kata Zainul Rijal dalam kenyataan, Sabtu.

Beliau berkata PPMM percaya kelemahan asas pendirian Badan Peguam Malaysia terbit daripada pendapat salah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular dalam konteks strukturnya.

"Sekalipun siaran media Badan Peguam Malaysia mungkin betul apabila menyatakan tiada satu pun sebutan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membayangkan mengenai negara Islam bersifat teokratik, begitu juga tidak ada  sebutan dalam Perlembagaan yang membayangkan mengenai sebuah negara sekular yang lengkap," kata Zainul Rijal.

Dewan Undangan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang memperuntukkan  pelaksanaan hukum Hudud ke atas orang Islam apabila dikuatkuasakan.

Langkah itu menimbulkan bantahan daripada parti-parti politik serta kalangan perundangan dan entiti lain.

Zainul Rijal berkata pihak yang mengemukakan pendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular, akan pantas menyatakan sokongan kepada pendapat itu yang terbit daripada keputusan Mahkamah Agung dalam kes "Che Omar bin Che Soh" pada 1988.

"Analisis yang berhati-hati terhadap penghakiman akan membuktikan bahawa kes 'Che Omar bin Che Soh' tidak menyokong pandangan itu dalam apa cara pun," kata beliau.

Zainul Rijal berkata kata-kata yang ditujukan kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas tidak bermakna bahawa Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya bersifat sekular kerana ia hanya merujuk kepada undang-undang tertentu iaitu Akta Pengedaran Dadah dan Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Beliau berkata pendirian Badan Peguam Malaysia adalah berdasarkan salah tafsiran dalam kes 'Che Omar bin Che Soh'.
 
Zainul Rijal berkata Badan Peguam Malaysia juga telah mengabaikan sepenuhnya dan mengetepikan keputusan mahkamah tertinggi negara baru-baru ini yang secara berperlembagaan menerima bahawa Islam adalah "struktur asas" bagi Perlembagaan Persekutuan.

PPMM juga berkata kenyataan Badan Peguam Malaysia yang terlalu bergantung kepada Perkara 5(1), Perkara 7(2) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan bahawa pelaksanaan Hudud adalah tidak mengikut Perlembagaan, juga salah berdasarkan tanpa sebarang asas yang wajar.

Persatuan itu berkata ia menyambut baik kelulusan rang undang-undang itu, dan menyatakan bahawa ia menunjukkan politik matang masih wujud dalam Persekutuan.

"Ini terbukti dengan hakikat bahawa anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti politik berbeza boleh bekerjasama dalam perkara-perkara yang penting kepada masyarakat dan menjadi penentu dalam memajukan demokrasi, sekurang-kurangnya di peringkat Kelantan," kata Zainul Rijal.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan