Muhyiddin Ingatkan Anggota Umno Tiga Tahun Mendatang Mencabar, Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 2:12 PM

Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan anggota Umno supaya tidak mengambil mudah iklim dan ekosistem politik negara dalam tempoh tiga tahun mendatang yang disifatkan sebagai tempoh yang mencabar dan kritikal.

Beliau berkata, mereka perlu memastikan Umno terus menjadi sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu tanpa meminggirkan hasrat kaum lain.

"Ini tempoh yang amat mencabar dan kritikal kerana perubahan iklim dan ekosistem politik yang berlaku di peringkat negara menuntut Umno menjadi sebuah parti proaktif.

"Apa yang kita rancang dan laksana perlu mengambil kira pandangan dan ekspresi masyarakat setiap kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian  Pagoh di Seri Pekembar di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata dalam tempoh itu Umno perlu dilihat sebagai sebuah parti yang membantu menangani masalah masyarakat.

"Ia memerlukan pimpinan politik Umno yang terdidik, bermoral dan perlu faham apa yang mereka lakukan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April ini.

"Ada 10 anjakan yang akan diumumkan nanti iaitu mahu membawa pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih maju, lebih berkualiti dan mahu menjana modal insan yang berkualiti," katanya.

Beliau berkata perbincangan dengan semua pihak bagi merumuskan pelan berkenaan telah dilakukan selama dua tahun sebelum ini iaitu melibatkan ibu bapa, badan bukan kerajaan dan pakar dalam bidang pendidikan.

"Kami telah adakan sesi perbincangan dan pandangan. Walaupun pendidikan tinggi negara sudah sampai ke tahap yang membanggakan tetapi ia perlu mengambil kira saingan di peringkat global," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Umno , Pagoh

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan